TEORI-TEORI MOTIVASI KEUSAHAWANAN

1. Teori Hierarki Keperluan Maslow





Teori hierarki Keperluan telah diketengahkan oleh seorang ahli psikologi iaitu ABRAHAM MASLOW. Beliau percaya bahawa setiap individu mempunyai 5 kategori keperluan yang disusun mengikut keperluan. Teori ini menjelaskan mengenai keperluan-keperluan motivasi yang berbeza yang terdapat didalam satu hierarki. Teori ini juga diterangkan dalam bentuk piramid dimana keperluan asas terletak di bawah manakala keperluan yang leih tinggi terletak dibahagian atas.

  • Keperluan fisiologi (Physiological needs)

Merupakan keperluan asas dalam kehidupan seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal serta kesihatan diri.
Sebagai contoh: seseorang yang lapar akan bermotivasi untuk mendapatkan makanan untuk meneruskan kehidupan.

  • Keperluan Keselamatan (Safety Needs)

Meliputi keperluan individu terhadap keselamatan, kestabilan dan mengelakkan diri daripada bahaya, kesakitan, ancaman, ugutan dan sebagainya.
Sebagai contoh: Seseorang yang sedang bekerja inginkan kerja yang stabil sebagai jaminan pada masa hadapan.

  • Keperluan Sosial (Social Needs)

Merupakan keperluan terhadap persahabatan atau berkasih sayang.
Sebagai contoh: seseorang bekerja dan dapat merasa seronok bekerja dengan rakan sekerja.

  • Keperluan Penghargaan Diri ( Esteem Needs)

Merupakan keperluan seseorang untuk mendapatkan penghormatan, pengiktirafan, kedudukn serta maruah dan harga diri.
Sebagai contoh: Seseorang akan berusaha kearah mencapai kejayaan, kedudukan dan status yang lebih tinggi dan menjadi keperluan untuk dihargai dan disanjungi.

  • Keperluan kepuasan diri (Self-Actualization Needs)

Merupakan keperluan yang paling tinggi yang ingin dicapai oleh seseorang manusia.
Sebagai Contoh: seseorang itu akan berupaya menggunakan segala yang dimilikiny untuk mencapai kepuasan diri.

2. Teori Dua Faktor Herzberg


Teori Dua Faktor diperkenalkan oleh Prof Frederick Herzberg. Teori ini memfokuskan kepada sifat-sifar pekerjaan serta amalan organisasi.

  • Faktor Motivator (Motivation Factor)

Merupakan faktor-faktor yang berhubungan secara langsung dengan faktor intrinsik. Seseorang akan berusaha untuk mencapai kepuasan kerja.
Contoh: berhubungan dengan penghargaan terhadap peribadi yang berkaitan langsung dengan pekerjaan.

  • Faktor Hygiene

Merupakan faktor yang  berada dipersekitaran pelaksanaan pekerjaan yang berhubungan dengan faktor Ekstrinsik.
Contoh : berhubungan dengan gaji,upah, keamanan pekerjaan, keseimbangan kerja dan hidup


3. Teori X dan Y McGregor




Teori ini diperkenalkan oleh Douglas McGregor. McGregor menyatakan bahawa Teori X dan Y adalah menjelaskan tentang beberapa perilaku manusia dalam industri.
  • Teori X :  menyatakan bahawa sebahagian besar individu lebih suka diperintah dan tidak tertarik dengan tanggungjawab. MCGregor mengandaikan bahawa orang-orang ini tidak suka bekerja, kurang cita-cita, mengelakkan diri dari tanggungjawab, dan harus diarah dan dipaksa untuk membuat sesuatu kerja.
  • Teori Y: menyataka bahawa  individu ini lebih bertanggungjawab. McGregor mengandaikan bahawa orang-orang ini suka bekerja, mampu membuat keputusan, menjalankan arahan diri, dan mereka ini tidak perlu dipaksa untuk melakukan sesuatu kerja.



4. Teori ERG 




Teori ini diperkenalkan oleh Clayton Alderfe seorang psikologi asal Amerika Syarikat dan teori ini merupakan ringkasan dan pengembangan dari teori Maslow.
Akronim ERG merupaka huruf pertama dari tiga istilah iaitu E= Existence (Kewujudan), R= Relatedness ( Keterkaitan) dan G= Growth (pertumbuhan).
Pada tahap kewujudan (Existence) ia terdiri daripada keperluan asa seperti didalam teori Maslow iaitu keperluan fisiologi dan keselamatan. Pada tahap Ketersediaan (Relatedness) ia terdiri keperluan social (teori Maslow). Pada tahap pertumbuhan (growth) ia terdiri daripada penghargaan diri dan kepuasan diri.

5. Teori Keperluan Pencapaian McClelland



Teori ini dipelopori oleh David McClelland dan terbahagi kepada tiga aspek yang utama:
  • Keperluan Pencapaian ( Needs for Achievement)

Merupakan dorongan untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kecemerlangan, berusaha bersungguh-sungguh mencapai satu set piawaian yang ditetapkan.
  • Keperluan perhubungan (Needs for Affiliation)

Merupakan keinginan untuk mempunyai hubungan yang ramah dan rapat dengan seseorang.
  • Keperluan Kekuasaan ( Needs for Power)

Merupakan keperluan untuk mempengaruhi orang lain untuk berkelakuan seperti yang diharapkan.

6. Teori Penilaian Kognitif


Teori kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Teori ini menekan kepada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima akan diproses melalui pemilhan, perbandingan, dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ia bukanlah penerima rangsangan-rangsangan pasif sebalinya ia akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkannya kedalam kategori baru. Seseorang individu perlu memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yag aktif.

Teori-teori yang membincangkan mengenai perubahan sikap:

=Teori Respons Kognitif
=Teori Kognitif Percanggahan
=Teori Perkembangan Kognitif


7. Teori Pengukuhan


Teori ini diperkenalkan oleh B.F Skinner yang merupakan seorang ahli psikolgi di Amerika Syarikat. Beliau mempercayai bahawa sesuatu tinggkah laku itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan positif dan negatif. Ia juga andaian bahawa tingkah laku adalah fungsi daripada akibatnya.
Pengukuhan positif : memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan dan akan menyebabkan perlakuan tersebut diulang lagi. Perilaku seseorang adalah hasil daripada alam sekitar.
Pengukuhan Negatif : merupakan rangsangan serta merta yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan rangsangan tersebut adalah menyakitkan dan tidak selesa.

8. Teori Ekuiti



 Dalam teori ini, ia mementingkan keseimbangan antara input dan output.
  • Input: merupakan sumbangan yang diberikan dalam melakukan sesuatu tugas atau kerja.

Contoh Input: Usaha, kesetiaan, kerja keras, komitmen, kemahiran, kemampuan, fleksibiliti, tekad, pengorbanan peribadi dan sebagainya.
  • Output: Merupakan ganjaran, pulangan atau hasil daripada sesuatu yang diterima daripada input.

Contoh Output: Bentuk kewangan (Gaji), kemudahan, bonus, pujian dan sebagainya.
Teori ini adalah membandingkan input dan hasil kerja mereka dengan orang lain dan kemudian bertindak balas untuk menghilangkan ketidakadilan bagi mendapatkan keseimbangan.
  • Contoh situasi: Jika seorang pekerja bekerja dengan tekun, maka gaji yang diberikan adalah lumayan. Dngan gaji yang ditawarkan tinggi (output), maka pekerja juga dapat ditingkatkan seperti usaha (input). Apabila input semakin meningkat disebaban output yang ditawarkan, maka ia akan sekaligus memotivasikan seseorang. Begitu juga sebaliknya.


9. Teori penetapan Tujuan Locke


Teori ini dikemukakan oleh Edwin Locke. Teori ini mengatakan bahawa seseorang akan bergerak jika mereka mempunyai tujuan atau matlamat yang jelas dan pasti. Beliau mengemukakan bahawa dalam penetapan tujuan ia mempunyai 5 prinsip menetapkan tujuan:
= tujuan kejelasan
=tujuan komitmen
=tujuan maklum balas
=tujuan bantahan
=tujuan kompleksiti tugas

10. Teori Harapan


Teori ini dikemukakan oleh Victor H.Vroom yang mengatakan bahawa kekuatan yang memotivasikan seseorang untuk bekerja lebih keras bergantung kepada hubungkait usaha dengan prestasi kerja tersebut. Ini bermakna setiap individu percaya bahawa apabila mereka bersikap dengan cara tertentu, sudah pasti ia akan membuahkan hasil. Ini deisebut harapan hasil sebagai penilaian subjektif seseorang atas kemungkinan bahawa seseuatu hasil tertentu akan muncul dari tindakan seseorang.
  • Hubungkait antara prestasi dan ganjaran: merupakan satu keyakinan bahawa melakukan sesuatu terhadap sesuatu akan membawa kepada pencapaian hasil yang diinginkan.
  • Hubungkait antara ganjaran dengan tujuan peribadi: merujuk kepada sejauh mana ganjaran organisasi dapat memenuhi tujuan seseorang atau keperluannya dan juga potensi ganjaran tersebut kepada individu.



1 comment: