2.0 Artikel-artikel berkaitan bidang keusahawanan

Artikel 1) Perspektif Mazhab-mazhab dalam keusahawanan

Dalam bidang keusahawanan, terdapat dua perspektif mazhab-mazhab iaitu perspektif makro dan miro. Kedua-dua perspektif ini perlu dipertimbangkan dan juga merebut peluang-peluang yang wujud supaya peluang-peluang ini ditukarkan kepada idea-idea kreatif serta mampu untuk bersaing dalam pasaran ekonomi kini.





a) Kepentingan Keusahawanan


  • Mengubah kehidupan melalui penciptaan
  • ·         Penciptaan elektrik, ICT

  •       Merupakan enjin bagi pertumbuhan ekonomi
  • ·         Pertumbuhan produktiviti

  • ·       Inovasi membawa kepada perubahan teknologi
  • ·         Memasuki dan memerluaskan pasaran sedia ada

  • Menggalakkan kreativiti dan inovasi
  • ·         Mewujudkan pasaran baru= tawarkan produk inovatif

  • Menggalakkan pengagihan kekayaan
  • ·         Peluang-peluang pekerjaan yang wujud



b) Pembangunan Keusahawanan di Malaysia

Sebelum Kemerdekaan


Selepas Kemerdekaan






BAB 3- PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN (ARTIKEL)


Artikel 2) Budaya niaga: Belia perlu rebut peluang

Pandangan IKIM

#BUDAYA berniaga bukanlah perkara yang asing dalam masyarakat Islam. Malah budaya berniaga ini amat ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pintu rezeki yang utama. Ini selaras dengan sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud; “Sembilan daripada persepuluh rezeki datang daripada perniagaan."

Penekanan budaya berniaga dalam Islam turut menekankan nilai-nilai baik yang perlu diamalkan menepati prinsip dan matlamat syariah.
Walaupun Islam begitu menitikberatkan bidang perniagaan dan keusahawanan, namun hakikat hari ini menunjukkan umat Islam lebih selesa menjadi masyarakat pengguna berbanding sebagai pengeluar dan pencipta terhadap barangan dan perkhidmatan.

Bukankah kita tahu bahawa melalui perniagaan inilah mereka boleh mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain? Seharusnya kita hari ini cuba mantapkan bidang keusahawanan ini dalam kalangan belia dengan menyediakan ruang dan peluang pekerjaan. Hal ini juga dapat mengurangkan masalah siswazah yang menganggur.
Demikian jugalah suasana dalam negara yang memperlihatkan umat Islam agak ketinggalan dalam penguasaan ekonomi khususnya bidang perniagaan dan keusahawanan berbanding bukan Islam.

Persoalannya mengapa umat Islam tidak mampu bersaing dengan masyarakat lain dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sedangkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi perniagaan adalah merupakan punca utama rezeki pada masa itu.
Justeru, dalam merebut dan memantapkan budaya berniaga ini golongan belia harus mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh kerajaan. Pembentangan Bajet 2014 turut mendorong agar belia perlu menumpukan kepada bidang keusahawanan.

Melalui keusahawanan ini turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ini selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang boleh menyediakan peluang pekerjaan.
Bidang usahawan adalah satu profesion yang harus direbut dan dijadikan sebagai satu teras untuk mereka berjaya dalam hidup. Oleh itu pendedahan awal inilah sangat penting sama ada pendekatan dalam bentuk kurikulum, aktiviti sosial dan sebagainya. Hal ini penting supaya ekonomi negara dapat diseimbangkan dan dijana dengan baik.

Dalam meningkatkan dan memantapkan budaya berniaga atau keusahawanan ini maka kita perlu berbuat sesuatu dan dimulakan di peringkat akar umbi. Antaranya melalui gabungan peranan pihak sekolah, ibu bapa, persekitaran dan sokongan korporat serta masyarakat budaya ini dilihat mampu digarap dan dicanai dalam kalangan generasi muda. Terutamanya dari segi bantuan serta sokongan yang komprehensif.
Sebagai contoh, di pihak sekolah, guru-guru boleh menimbulkan rasa minat dalam kalangan pelajar untuk mendalami ilmu keusahawanan dan perniagaan melalui pembelajaran yang lebih kreatif dan interaktif.

Manakala di peringkat ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak untuk menceburi dan merasai pengalaman berniaga seperti memberi dorongan bagi menyertai aktiviti keusahawanan di dalam atau di luar sekolah.
Ibu bapa hendaklah mendedahkan anak-anak untuk menyertai aktiviti perniagaan dan keusahawanan dengan cara yang difikirkan sesuai bagi maksud menggalakkan kecenderungan mereka ke arah itu di samping memberi panduan memilih perniagaan yang dapat menepati kehendak pasaran semasa. Sebagai contoh ramai juga kalangan belia hari ini yang sudah memulakan perniagaan mereka menerusi online. Perniagaan seperti ini adalah mudah, cepat dan menjimatkan.

Selain itu, melalui persekitaran pula kita boleh mencontohi cara didikan dan pendedahan kaum Cina yang telah memberi pendedahan realiti dunia perniagaan kepada anak-anak mereka semenjak kecil lagi. Pendedahan awal seperti ini menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang perniagaan apabila besar kelak.
Begitu juga golongan korporat dan masyarakat, mereka boleh memberi sokongan dan galakan untuk mengerakkan aktiviti keusahawanan dan program-program motivasi seperti sekolah angkat, program keusahawanan dan bengkel serta ceramah kecemerlangan usahawan.

Pun begitu, adalah menjadi peranan pihak korporat dalam membantu usaha-usaha memperbanyakkan golongan usahawan dan peniaga Melayu, sekurang-kurangnya dengan memberi tajaan seperti mengadakan forum atau konvensyen keusahawanan dari semasa ke semasa.
Manakala di peringkat pengajian tinggi, peranan universiti yang menyediakan asas ilmu dan keterampilan boleh dikembangkan secara kreatif dan inovasi. Hal ini supaya graduan muda boleh memulakan bidang keusahawanan sebaik sahaja tamat pengajian.

Mentaliti graduan yang terlalu bergantung kepada ‘makan gaji’ perlu dikikis dengan membuka ruang minda mereka dengan realiti dunia perniagaan. Sebagai siswazah mereka perlu berpandangan jauh dan tidak mengharapkan ‘makan gaji’ semata-mata setelah tamatnya pengajian.
Galakan ini perlu diterapkan melalui pendedahan praktikal dalam sektor industri khususnya pendedahan dan penyertaan dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Ini penting untuk membentuk minat mereka sebelum terjun ke bidang keusahawanan yang sebenar.

Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, penilaian semula kurikulum di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi harus dilakukan supaya dapat memberi keutamaan kepada penjanaan budaya keusahawanan yang menepati ciri-ciri, nilai dan prinsip yang digariskan oleh Islam.

Kefahaman mendalam tentang budaya berniaga dan keusahawanan ini akan memudahkan lagi golongan belia untuk merebut dan mencipta peluang yang baru dalam perniagaan mengikut kehendak pasaran semasa.

(Sumber Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131216/re_06/Budaya-niaga-Belia-perlu-rebut-peluang#ixzz3VHS2O5XJ
© Utusan Melayu (M) Bhd)




Artikel 3) BUDAYA KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM


Budaya bermaksud kemajuan fikiran, akal budi (cara pemikiran, berkelakuan dan sebagainya). Ia juga ditafsirkan sebagai satu set sikap, tingkah laku, nilai-nilai dan tindakan yang dikongsi bersama oleh sekumpulan manusia, syarikat dan sebagainya.
Keusahawanan pula adalah merupakan kata terbitan usahawan yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan usahawan. Oleh yang demikian budaya keusahawanan bolehlah disimpulkan sebagai cara pemikiran, sikap, norma dan kelakuan yang dimiliki dan dipraktikkan oleh individu usahawan itu sendiri.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, Islam amat menyanjung bidang keusahawanan dan memberikan keistimewaan khusus kepada usahawan. Untuk menyemai budaya keusahawanan ini kita perlu mengenali dan mengetahui apakah ciri-ciri dan gelagat yang perlu ada dan harus diamalkan oleh setiap usahawan muslim. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:

       1. Mengamalkan nilai-nilai murni keusahawanan

Nilai dan akhlak tidak dapat dipisahkan daripada keusahawanan. Ia merupakan asas pembentukan peribadi setiap individu muslim termasuklah usahawan. Dalam bidang perniagaan, Islam mewajibkan setiap usahawan untuk berpegang teguh dengan nilai yang baik dan menjauhi nilai-nilai yang buruk. Oleh sebab itulah jaminan hanya diberikan kepada usahawan yang benar-benar jujur dan ikhlas sahaja.
Ciri-ciri, gelagat serta sikap-sikap tersebut boleh dikategorikan sebagai sikap yang positif atau terpuji (mahmudah). Malah Rasul sendiri sebagai peniaga yang berjaya telah menunjukkan ciri-ciri tersebut dalam kehidupan seharian baginda. Baginda berjaya membuktikan bahawa dengan mengamalkan sifat-sifat yang baik, perniagaan masih menguntungkan malah lebih baik berbanding peniaga yang tidak jujur. Keuntungan yang menjadi objektif baginda bukanlah semata-mata keuntungan kebendaan tetapi keredaan Allah adalah lebih utama.
 Dalam membicarakan nilai-nilai murni keusahawanan, berikut adalah antara contoh nilai yang banyak disentuh dalam al-Quran dan al-Sunnah.:

a)      Nilai kepimpinan dan pengurusan yang baik
b)      Berani menghadapi risiko
c)      Amanah
d)      Sabar
e)      Bersedekah

       2. Konsep Ubudiyah

Islam sebagai agama yang syumul tidak memisahkan segala urusan perniagaan dengan nilai-nilai agama. Perniagaan bukan sahaja dianggap sebagai kerjaya tetapi juga dikira ibadat dalam Islam dan akan mendapat ganjaran sewajarnya di akhirat. Usahawan muslim tidak seharusnya menjadikan untung material semata-mata sebagai objektif tertinggi. Objektif akhir haruslah difokuskan ke arah mencapai keredaan Allah. Sebagai khalifah yang mentadbir dan memakmurkan bumi Allah, manusia haruslah sentiasa menuruti segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Manusia tidak mempunyai kuasa yang mutlak dalam semua hal, bahkan segala-galanya adalah dalam pengetahuan dan ketentuan Allah semata-mata. Inilah yang menjadikan banyak konsep yang berbeza antara perniagaan dalam Islam dan konvensional.

3. Jaringan perniagaan yang kukuh

Apabila hijrah umat Islam berlaku, antara strategi utama Rasulullah adalah membina masjid dan seterusnya mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Strategi ini merupakan asas kepada pengukuhan dan kekuatan masyarakat Islam yang masih baru di Madinah pada ketika itu. Ternyata strategi ini berjaya untuk membentuk ummah yang kuat dan berjaya mengalahkan musuh yang datang daripada luar. Peristiwa ini menunjukkan bahawa kesatuan dan semangat kekitaan amat penting dalam membentuk satu komuniti yang kukuh termasuklah juga komuniti usahawan. Usahawan muslim seharusnya mempunyai jaringan keusahawanan yang kuat agar mereka dapat saling bantu-membantu memperkuat antara satu sama lain.

4. Tadbir urus korporat yang baik

Tadbir urus korporat merujuk kepada sistem di mana sesebuah syarikat diurus dan dikawal selia. Lembaga pengarah bertanggungjawab dalam pentadbiran syarikat manakala pemegang saham berperanan untuk melantik pengarah-pengarah dan juruaudit dan memastikan struktur yang betul sentiasa berjalan.22 Dalam konsep tadbir urus ini, fokus diberikan kepada soal-soal berkenaan tanggungjawab, akauntabiliti, ketelusan, kesepakatan dan kepimpinan. Hal ini penting bagi memastikan setiap individu dalam organisasi menjalankan tugas masing-masing dan tidak menyalahgunakan kuasa yang ada demi kepentingan peribadi. Islam juga telah menetapkan mekanisme pengawalan yang lengkap meliputi pengawalan luaran dan kendiri. Mekanisme kawalan luaran adalah persekitaran individu itu sendiri meliputi rakan sekerja, organisasi dan masyarakat. Mekanisme ini wujud atas kesedaran bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab masing masing dan akan dipersoalkan mengenai tanggungjawabnya di akhirat nanti.

5. Kreatif dan inovatif

Kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang asli. Manakala inovatif adalah perihal memulakan sesuatu yang baru.26 Sebagai individu yang sentiasa mengenal pasti peluang, nilai kreatif dan inovatif merupakan nilai yang amat penting bagi setiap individu usahawan. Sifat inovatif ini amat digalakkan oleh Islam memandangkan Allah menciptakan setiap sesuatu adalah untuk digunakan oleh manusia.

(Sumber Rujukan : Prof. Madya Dr Ab. Mumin Ab Ghani, Suhaili Sarif. (2005).  Penerapan budaya Keusahawanan Dalam Masyarakat Islam. Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.)




Artikel 4

7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari kepada para usahawan


1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau menasihatkan agar semua usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan dalam bidang yang lain. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.
Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru anda ceburi tidak maju, maka anda boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary:
“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga menasihatkan agar usahawan muda jangan terlalu mengikut perasaan cepat kaya dan hendak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya. Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang. 


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary:
“Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

3 – Jangan Putus Asa

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, usahawan-usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah yang dihadapi.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.

 Beliau juga berkongsi kisah hidup susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.
Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.

4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.
kebanyakkan orang Melayu apabila kerajaan menganugerahkan satu projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti”

5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka. 


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.

6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang dermawan dimana beliau banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.
Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.


7 – Usahawan Islam Ada Akhirat


Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau mengingatkan semua hadirin.




Artikel 5 : Minuman "Pocari Sweat"





minuman "Pocari Sweat"

"Sejarah Pocari Sweat"

Kisahnya bermula kira-kira 40 tahun dahulu, seorang penyelidik Otsuka dengan impian untuk membangunkan minuman baru yang belum pernah dihasilkan tercetus apabila dia di masukkan ke hospital akibat cirit-birit. Ketika itu, doctor memberitahu beliau bahawa beliau perlu mendapatkan air dan makanan yang mencukupi. Malah, doktor memberinya minuman jenis berkarbonat. Jadi, penyelidik Otsuka berpendapat bahawa ianya lebih baik jika sesuatu minuman dapat membekalkan kedua-dua air dan nutrient yang diperlukan didalam badan manusia.

Pada tahun 1973, penyelidik Otsuka melihat seorang doktor yang sedang meminum minuman dengan larutan I.V untuk menghidrasi dirinya selepas tamat pembedahan. Dan, daripada situ, beliau mendapat  idea untuk menghasilkan minuman larutan I.V. Dengan inspirasi tersebut, penyelidik Otsuka mula membangunkan minuman rehidrasi yang mana boleh mengisi air dan elektrolit (ion) akan hilang semasa berpeluh ketika seseorang melakukan aktiviti harian.

Pada tahun 1976, masyarakat ketika itu telah menjadi masyarakat yang lebih mementingkan kesihatan dan aktiviti berjoging adalah satu aktiviti kegemaran mereka. Daripada pembangunan minuman untuk bersukan, penyelidik cuba mencipta satu minuman kesihatan untuk semua masyarakat yang berada dalam keadaan dimana mereka berpeluh. Jadi, penyelidik Otsuka meneruskan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) keatas minuman kesihatan yang boleh dinikmati semasa melakukan aktiviti harian.

Melalui kajian ini, penyelidik Otsuka mendapati bahawa peluh mempunyai pelbagai jenis dan mereka juga mendapati bahawa kepekatan garam didalam peluh setiap hari adalah rendah berbanding dengan peluh yang berlaku semasa aktiviti bersukan. Berdasarkan penemuan ini, para penyelidik cuba untuk mencipta satu minuman untuk menambah cecair badan selepas berpeluh sehari-hari. Walaubagaimanapun, minuman yang dihasilkan itu mempunyai rasa yang agak pahit dan tidak sedap untuk diminum.

Dengan menggunakan proses percubaan dan kesilapan, para penyelidik memikirkan mengenai penggabungan beberapa jenis minuman yang ditolak. Jadi, mereka mencampurkan minuman rehidrasi percubaan dengan serbuk jus limau dan akhirnya rasa pahit tersebut telah hilang dan minuman itu lazat daripada sebelumnya. Gabungan ini tidak pernah dipertimbangkan oleh sesiapa sebelum ini dan hasil positif minuman yang unik ini melonjak pembangunan minuman ini besar kehadapan.



Penyelidikan dijalankan secara berterusan dan akhirnya dua produk ujian telah disediakan dimana satu minuman dengan kandungan gula yang tinggi dan satu lagi dengan kandungan gula yang rendah. Kebanyakkan penyelidik berpendapat bahawa kemanisan minuman ujian tidak mencukupi.

Walaubagaimanapun, untuk menguji mengenai konsep mengenai rasa minuman tersebut terutamanya semasa berpeluh, salah seorang daripada penyelidik melakukan aktiviti memanjat gunung untuk mencuba produk ujian tersebut. Akhirnya, beliau sedar bahawa produk minuman yang kurang manis adalah lebih mudah untuk diminum.

Maka, “Pocari Sweat” telah dilancarkan pada tahun 1980. Apabila “Pocari Sweat” diedarkan diseluruh kawasan, ramai masyarakat tidak memahami konsep minuman ini dan kebanyakkan tidak menyukai minuman “Pocari Sweat”.

Walaupun mereka mengalami halangan pada peringkat awal, pihak Otsuka Pharmaceutikal tidak pernah berputus asa dalam usaha untuk menyampaikan konsep minuman rehidrasi baru ini. Mereka pergi melawat tempat-tempat dimana ramai penduduknya berkemungkinan berpelu. Mereka juga memberitahu masyarakat mengenai kepentingan rehidrasi dan akhirnya sampel-sampel percuma “Pocari Sweat” diagihkan mencapai tahap 30juta botol.

Dua tahun selepas pelancaran “Pocari Sweat”, musim panas tiba. Malah, “Pocari sweat” mendapat permintaan yang tinggi sebagai produk yang utama. Akhirnya, Otsuka telah berjaya membangunkan satu pasaran baru iaitu sejenis minuman rehidrasi yang direka khusus untuk kegunaan selepas berpeluh.


Perniagaan Pocari Sweat semakin mendapat permintaan yang tinggi dari semasa ke semasa dan kini Pocari Sweat amat popular. Pada tahun 2013, versi produk “Pocari sweat” telah dilancarkan. 





##kesimpulannya

Dalam melakukan apa sahaja jenis perniagaan, seorang usahawan tidak mudah putus asa. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, usahawan perlu mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Sepeti kisah Pocari Sweat, mereka tidak mudah putus asa walaupun menghadpi pelbagai halangan dan cabaran. Mereka melihat semua peluang-peluang yang ada, sentiasa peka dengan persekitan dan berebut peluang yang ada. 

Selain itu, sikap berani mencuba dan berani mengambil risiko amatlah penting dalam diri seorang usahawan.  Daripada sejarah Pocari sweat , mereka tidak takut untuk mencuba sehinggalah perniagaan mereka mendapat sambutan yang hebat. Walaupun tidak diterima masyarakat pada mulanya, namun mereka mencuba sehinggalah berjaya. Mereka mengambil risiko yang sangat tinggi dan disebabkan sikap mereka yang yakin terhadap diri sendiri, maka mereka berjaya dalam memasarkan produk mereka. 

##Banyak pengajaran yang kita boleh peroleh daripada kisah sejarah "Pocari Sweat".


Untuk menjadi seorang usahawan berjaya, kita perlu menerapkan sikap sebegini supaya apa sahaja matlamat yang kita tetapkan, kita dapat mencapainya dengan cemerlang. Kita perlu berani mencuba, berani mengambil risiko, yakin, tidak mudah putus asa, melihat peluang yang ada dan merebut peluang tersebut


                                                                                     sumber: (https://www.otsuka.co.jp/en/company/business/rehydration/pocarisweat/)







Artikel 6;  Kelebihan Menjadi seorang usahawan





     1) Peluang mengawal sendiri hala tuju kehidupan

Sepertimana yang telah dinyatakan mengenai kemajuan dan kemunduran usahawan terletak dibahu mereka sendiri.

             a.   Kebebasan dan fleksibiliti dalam melaksanakan pekerjaan
              b. Mengambil faedah sepenuhnya daripada peluang yang ada
             c.  Mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan
             d. Menentukan sendiri sasaran capaian
            e.   Memaksimumkan penggunaan sumber
             f.   Tidak lagi terkongkong kepada system dan peraturan

              2) Peluang untuk memaksimumkan potensi diri

Penglibatan dalam bidang usahawan mampu untuk memaksimumkan kemahiran dan kebolehan yang dimiliki sepenuhnya oleh seseorang. Dalam konteks ini, mereka akan sentiasa mencabar kemampuan diri sendiri dan bertanya jika orang lain boleh, mengapa tidak mereka? Kebiasaannya mereka dapat mengatasi masalah dengan kekuatan kreativiti dan inovasi dan sentiasa melihat peluang yang ada disebalik masalah yang dihadapi.

   3) Peluang mendapat ganjaran kewangan tanpa had

Kewangan merupakan salah satu kayu pengukur kejayaan  seseorang atau sesuatu aktiviti yang dilakukan.  Kewangan yng diperolehi hasil daripada penglibatan diri dalam bidang keusahawan adalah sebagai bukti kesungguhan mereka dalam melakukan sesuatu kerja. Kewangan juga dapat meningkatkan reputasi  dan status usahawan.

  4) Peluang memberi sumbangan kepada masyarakat

Melalui kelebihan kewangan yang ada pada seorang usahawan, ini akan memberi ruang kepada usahawan untuk berbakti kepada masyarakat kerana merekalah yang memainkan peranan dalam memajukan bidang seorang uahawan itu.

   5) Peluang beribadat secara berterusan

Kelebihan usahawan dalam perspektif islam dan agama lain memberi peluang kepada usahawan untuk membuat kebajikan dan ibadat secara berterusan. Usahawan yang benar-benar berpegang teguh pada agamanya sedaya upaya akan dapat mengelakkan merek daripada melakukan eksploitasi, penindasan, penipuan, gagal menunaikan janji, memutarbeli kenyataan dan sebagainya.













Artikel 7 : 6 Cara Sebelum Memulakan Perniagaan









1 Bekerja Bersama Usahawan Lain Dahulu

Matlamat sebenar untuk bekerja dengan syarikat atau perniagaan orang lain adalah untuk menimba ilmu dan bukan semata-mata hanya mahukan gaji bulanan yang dijanjikan oleh majikan. Bekerja kerana ingin belajar, bukan kerana wang.
Ilmu yang diperolehi lebih mudah diterima kerana anda melakukan pelbagai tugasan dari awal sehingga akhir proses kerja anda. Pengalaman ini mampu menjadikan perniagaan anda berjalan dengan lebih sistematik lagi pada masa depan.

2 Mulakan Perniagaan Secara Kecil-Kecilan

Robert Kiyosaki dalam bukunya, Cashflow Quadrant ada menyebut bahawa langkah pertama kita dimulakan sejak masih bayi lagi (baby step). Kita belajar berusaha untuk berjalan bukanlah pada langkah pertama kita, sebaliknya dari bayi tatkala kaki kita masih menerawang kesana-kemari.
Bak kata Jutawan Senyap, Chef Li, “Biar Kecil Asalkan Berhasil”, jadi, mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan dahulu, kemudian baru besarkannya.

3 Uji Ketahanan Mental & Fizikal Anda

Bagi pekerja yang masih bekerja dan menjalankan perniagaan secara sambilan, anda boleh menguji daya tahan diri anda (mental & fizikal) dalam bidang perniagaan dengan mengambil cuti tanpa gaji dan menjalankan aktiviti perniagaan tersebut untuk satu tempoh tertentu.
Daya tahan setiap orang berbeza. Ada yang takut untuk menjadi usahawan sepenuh masa kerana tiada jaminan kewangan seperti semasa menjadi pekerja sebelumnya. Tidak semua mahu keluar dari comfort zone masing-masing.

4 Membina Rangkaian Networking Sendiri





Jika pekerjaan yang anda ceburi sama dengan bidang perniagaan anda, cuba dapatkan sebanyak mungkin jaringan persahabatan dengan pelbagai peringkat orang.
Ini termasuk para usahawan dan pembekal-pembekal yang terlibat. Jangan ketinggalan untuk merapatkan diri dengan wakil-wakil perbankan kerana anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti. Walaupun begitu, jangan memburukkan imej syarikat yang anda bernaung sekarang. Tonjolkan imej yang baik sebagai pekerja. Imej adalah segala-galanya dalam perniagaan dan jaringan persahabatan.

5 Mengumpul Modal Yang Mencukupi




Sebelum berhenti kerja, sila pastikan terlebih dahulu bahawa wang modal untuk perniagaan anda mencukupi untuk tempoh 6 hingga ke 12 bulan yang pertama. Kesemua modal ini termasuklah wang modal pusingan, wang gaji pekerja, bil-bil utiliti serta beberapa bahagian untuk waktu kecemasan. Persiapan yang rapi mampu membantu anda pada masa depan.

6 Jangan Culas & Curi Tulang

Dalam apa jua urusan pekerjaan, amanah dan ikhlas adalah tunjang utama keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt. Aktiviti mencuri tulang bukan sahaja tidak baik, ia juga mencerminkan sikap anda terhadap perniagaan anda nanti.
Sikap yang baik dan disiplin yang mentap merupakan tunjang kepada kejayaan sesebuah bisnes. Bayangkanlah jika satu hari nanti pekerja anda yang akan lakukan ini kepada perniagaan anda, sudah tentu ia menyakitkan hati anda.

Setelah ilmu anda penuh di dada dan anda mulai yakin bahawa anda telah mempunyai kemahiran serta pengalaman mencukupi untuk memulakan sebuah perniagaan, mulakannya tanpa ragu-ragu dan pastikan semua perancangan anda jelas serta berada di landasan yang betul. Ketahuilah bahawa anda telah bersedia untuk menjadi usahawan yang berjaya!





(sumber:http://www.majalahniaga.com/pengalaman-kemahiran-persediaan-terpenting-sebelum-memulakan-perniagaan.html)









Artikel 8 : Usahawan Korporat VS Usahawan Dalaman




Maksud~

Usahawan Korporat merupakan seorang individu yang mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang tinggi dan bekerja di sesebuah organisasi yang akan berkhidmat di organisasi lain dalam tempoh jangka masa.

Usahawan Dalaman pula merupakan seorang individu yang juga mempunyai ciri-ciri usahawan yang tinggi tetapi mereka sememangnya bekerja di sesebuah organisasi dimana mereka bekerja. Mereka memikul tanggungjawab yang lebih bagi mencipta inovasi baru dalam organisasi dan mencari jalan untuk menukar sesuatu idea kepada realiti serta menguntungkan organisasi.

Motif~

Motif usahawan korporat adalah membantu syarikat dimana mereka berkhidmat dengan menggunakan segala kepakaran yang mereka miliki, idea-idea kreatif dan inovasi ketika didalam organisasi sebelumnya dan mempraktikkan didalam organisasi dimana mereka bekerja untuk membantu dalam pembangunan organisasi tersebut dalam sesuatu tempoh jangka masa panjang.

Motif usahawan dalaman pula adalah memastikan penggunaan sumber-sumber dalaman organisasi dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan prestasi organisasi dimana mereka bekerja. Mereka juga akan menggunakan segala kemahiran yang dimiliki mereka dalam meningkatkan prestasi organisasi mereka serta memperoleh keuntungan.

Kesimpulannya :

# Usahawan Korporat dan usahawan dalaman mempunyai maksud dan ciri-ciri yang sama. Tetapi yang membezakan mereka adalah usahawan korporat merupakan individu dari sebuah organisasi yang bekerja di sesebuah organisasi lain, manakala usahawan dalaman pula merupakan individu atau kakitangan  sesebuah organisasi dimana mereka bekerja dan bukan dari luar organisasi. Kedua-duanya mempunyai tanggungjawab yang sama dimana melakukan inovasi yang akan meningkatkan pembangunan keusahawanan.






No comments:

Post a Comment