1.0 USAHAWAN-USAHAWAN YANG BERJAYA

1. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari? Siapakah beliau?


Inilah wajah insan bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

#Sudah pasti ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia mengenali tokoh usahawan berjaya yang bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Termasuklah anda yang sedang membaca blog ini, betul atau tidak? Nama beliau bukan hanya dikenali di Malaysia, malah di serata dunia terutamanya di bursa-bursa saham dan nama beliau disusuli dengan gelaran “Jutawan Dermawan”

=> Kisah hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari? Mari saya ceritakan secara ringkas..

~~Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar, Kedah. Keluarganya berasal dari Hadhramawt, Yemen.
~~Sebelum datang ke Malaysia, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Pada pertengahan tahun 40-an, bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia iaitu di Alor Setar,  Kedah.
~~Beliau mempunyai 7 orang adik beradik dan beliau adalah anak ketiga daripada 7 beradik. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam serba kekurangan dan beliau terpaksa melangkah ke dunia pekerjaan pada usia mudanya.
~~Atas faktor kesempitan hidup, beliau hanya bersekolah hingga di Tingkatan 5 untuk memberi laluan kepada adik beradiknya yang lain meneruskan pelajaran. 

Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.. Bagaimana?

Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar dalam bidang perniagaan bermula dengan membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasar serta menjual roti canai. Beliau juga membantu bapanya dalam perniagaan penternakan lembu dalam sekitar 1960-an. Namun perniagaan penternakan lembu mereka tidak bertahan lama ekoran wabak penyakit kaki dan mulut yang merebak pada ternakan lembu mereka.
Beliau tidak pernah putus asa, malah, beliau bangun semula dan mengambil alih perniagaan dengan menjual daging lembu. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Keputusannya? Beliau berjaya dalam perniagaan tersebut. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Tan Sri Syed Mokhtar juga mengambil inisiatif lain dengan meminta bantuan MARA, seterusnya memulakan perniagaan lori pada tahun 1970-an. Beliau sangat terkenal sebagai seorang yang berpandangan jauh. Hal ini demikian kerana usaha beliau tidak pernah berhenti pada tahap itu sahaja. 




Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli rumah kedai beliau yang pertama di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).  Pada tahun berikutnya, beliau mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menubuhkan Syarikat Shah sebagai pembekal beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd setelah berjaya memperolehi lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara atau BERNAS. Beliau menyifatkan bahawa kejayaannya dalam perniagaan adalah hasil langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beliau  telah meluaskan lagi empayar perniagaan beliau dengan memiliki kepentingan di syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad dan banyak lagi.


Sejak dari itu, perniagaan milik Tan Sri Syed Mokhtar terus berkembang pesat sehingga beliau dianugerahkan sebagai salah seorang tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau juga mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Business sebagai orang ke-7 yang terkaya di Malaysia pada tahun 2005 dan orang ke-50 terkaya di Malaysia oleh Forbes pada tahun 2013. pada tahun 2014, asset beliau telah mencecah RM11.07 billion dan ini meletakkan beliau sebagai orang ke-6 yang terkaya di Malaysia.

Tan Sri Mokhtar dikenali sebagai seorang usahawan yang dermawan dan mempunyai nilai kemanusiaan yang sangat luar biasa. Beliau telah menubuhkan Muzium Kesenian Islam yang bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur, Yayasan Al-Bukhary (dibelanjakan lebih RM300juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan, & pendidikan), Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, dan juga Kompleks Al-Bukhary. Selain itu, beliau turut memperindah Masjid Negara serta menaja penghantaran setiap tahun jemaah haji Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melakukan ibadah haji. Dan kisah terbaru, jutawan yang berhati mulia dan dermawan ini telah membina masjid-masjid di beberapa daerah di Negeri Sembilan, selain di Alor Setar, Lapangan Terbang Senai, dan di Jalan Pudu.

***Walaupun menjadi seorang hartawan yang disegani dan dihormati, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatkannya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat yang Allah berikan kepadanya. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mengingatkan kita supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. Pesan beliau, “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat, boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tersebut supaya tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,”.





**Dipetik dari Syed Mokhtar Albukhary: A Biography karangan Premilla Mohanlall ,beliau ada berkata, "Ibu saya mengajar kami bahawa kita tidak memiliki apa-apa sehinggalah kita memberinya dengan sepenuh hati, dengan harapan ia akan membuatkan hidup orang lain menjadi lebih baik." 

Ternyata sikap rendah diri amat dititikberatkan oleh beliau, katanya "Pengajaran bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat asal-usul kita, dari mana kita datang, dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jika tidak, kita mungkin jatuh."







2. DATO' ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN- "Terlajak Laris"



DATO' ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, beliau berpindah ke Selangor dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg.Besar. Di peringkat menengah, beliau bersekolah di Sekolah menengah Telok Gadong, Klang.  Selepas itu beliau belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh di Kelantan. Setelah tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.


Sejak dari kecil, beliau amat meminati bidang perniagaan. Dengan berbekalkan azam yang kuat, beliau mula berniaga dengan cara apa sekali pun. Beliau mula berniaga menjual barang kosmetik kepada kawan-kawannya. Kemudian, beliau membuka gerai di pasar tani pada setiap minggu. Sambutan yang amat menggalakkan apabila beliau menjual barangan kosmetik. Beliau pernah berdepan dengan cabaran dan dugaan dimana pinjaman beliau di bank ditolak, dimaki dan diherdik. Malah, mereka tidak memandang beliau dan ini membuatkan beliau kecewa. Pinjaman bank beliau ditolak atas sebab beliau terlalu muda, perlukan gurantor, aset dan sebagainya. Katanya lagi, saudara terdekatnya juga memandang rendah kepadanya. 


Dengan berkat kesabaran dan keyakinannya, beliau tidak menghiraukan perkara seperti itu mengganggu beliau. Kemudian, beliau berniaga lagi untuk mencari pendapatan sampingan, dimana pada setiap minggu beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja, agensi kerajaan dan swasta disamping menjual produk kesihatan dan kecantikan tersebut. Setiap kali beliau membuat bengkel  tersebut, pendapatan beliau lebih kurang RM1,000 hingga RM3,000 sebulan. Ketika beliau mengadakan Bengkel kecantikan itu, beliau mengatakan hajat beliau untuk membuat satu jenama dan berkongsi dengan rakanya. Akhirnya mereka bersetuju mengenainya. Hal ini kerana selepas beberapa kali menjual produk peniaga lain, beliau merasakan adalah lebih baik jika beliau menjual produk sendiri. Maka, tercetuslah idea beliau untuk membuat produk sendiri.


Pembangunan perniagaan beliau.



D'herbs Healthy Marketing ditubuhkan pada September 2010 dimana hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Pada tahun 2012 yang merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana mereka telah bernaung di bawah Label Syarikat Sendirian Berhad dan perniagaan beliau dikembangkan lagi dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat ini mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.Justeru itu, mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat. Kini De Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna tidak kira di Malaysia, Singapura mahupun Brunei dan  beliau berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran sehingga ke seluruh dunia.
Jenama D'Herbs dengan tagline "Terlajak Laris"


Malah, beliau  juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana anak syarikat ini hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik yang bertanggungjawab untuk memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia. setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia. D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan ia  membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini serta  ia menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.


Kisah Dato’ Aliff Syukri ini adalah terbaik untuk kita sama-sama mengambil pengajaran. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.









3. AZIZAH OMAR

Azizah Omar 
                                                                                   (Sumber: www.kosmo.com)


Bermula ketika negara berada di ambang peperangan (Perang Dunia Kedua meletus pada 1942) dan menghadapi frasa berbeza selepas negara mencapai kemerdekaan, jenama Omar Ali masih mampu bertahan. Kini, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. yang mempunyai  beribu pejabat di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, Kuala Lumpur diuruskan oleh Azizah Omar yang bertindak sebagai Pengarah Urusan.

Azizah Omar merupakan anak bongsu daripada 11 adik-beradik dan mempunyai  kelulusan dalam bidang Ekonomi dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat. Omar Ali holding Sdn Bhd merupakan satu perniagaan keluarga yang diwarisi secara turun temurun.  Azizah mengakui bahawa kepercayaan yang diberikan kepadanya  adalah satu tugas berat yang harus dipikulnya bagi memastikan warisan ini dapat dikekalkan pada generasi akan datang. 

Latar belakang Omar Holding Sdn Bhd.

Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. Telah diasaskan oleh ayah Azizah, Omar Ali sejak tahun 1935. Pada mulanya, ayah azizah membuka kedai di Bazar Melayu bersama-sama dengan dua orang pekerja dan beliau memberi tumpuan kepada pakaian tradisional terutamanya baju Melayu. Memandangkan perniagaan ini bermula pada 1940-an, secara tidak langsung ia turut menerima tempahan daripada baju-baju lain seperti sut. Malah arwah ayah beliau pernah mendalami bidang jahitan daripad seorang guru dari Jepun. Selain di Wisma Yakin, Butik Omar Ali juga terdapat di Alamanda, Putrajaya yang dibuka pada Oktober 2004. 


Butik Omar Ali terletak di Taman Tun Dr.Ismail
                                           
                                                                            (Sumber: www.kosmo.com)

Perniagaan Keluarga

Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. adalah warisan daripada keluarga dan Azizah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini sekembalinya dari Amerika Syarikat pada tahun 1991. Beliau mempunyai 11 adik-beradik  dan tujuh daripadanya terlibat dalam Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. manakala empat lagi, sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

Apakah rahsia kejayaan Omar Ali Holdings Sdn. Bhd.?

Beliau menyatakan bahawa perniagaan ini mampu bertahan kerana hubungan kekeluargaan yang sangat erat dan tekad untuk memajukan perniagaan berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan yang diraih dalam tempoh lebih 50 tahun ini. Selain itu, beliau dan adik-beradiknya juga mendapat sokongan dan kepercayaan daripada pembekal termasuklah dari dalam dan luar negara yang banyak membantu kejayaan syarikat ini. Kebanyakan pengedar datang dari Korea, Jepun, Indonesia, China dan Pakistan yang mana mempunyai agen di Malaysia dan Singapura. Mereka bukan sahaja membekalkan barang-barang jahitan seperti jarum dan benang tetapi mesin jahit hinggalah kepada tekstil dalam pelbagai warna dan tekstur. Selain itu, faktor lain juga datangnya dari agensi kerajaan dan swasta seperti bank, hotel dan kilang. Kesemua faktor ini menjadikan jenama Omar Ali bertahan hingga sekarang.



                                                                                  (Sumber: www.kosmo.com) 


Apakah keistimewaan jenama Omar Ali?

Syarikat ini amat mementingkan mutu jahitan yang kemas dan berkualiti sama ada pada baju Melayu, sut korporat ataupun baju uniform. Dalam setiap jahitan baju Melayu,mereka mengutamakan sentuhan tradisi sejak turun-temurun. Sehingga kini, syarikat Omar Ali mempunyai 30 tukang jahit yang mahir dan terlatih. Malah syarikat Omar Ali mempunyai pekerja yang sudah berkhidmat di sini lebih daripada 30 tahun. Dari segi mutu jahitan, ia sentiasa dipantau oleh ketiga-tiga abang beliau termasuklah rekaan baju-baju terbaru koleksi Omar Ali. Selain pakaian lelaki, mereka turut menerima tempahan untuk pakaian wanita seperti baju kebaya dan kurung.

Perniagaan yang diusahakan bersama-sama keluarga dapat membentuk persefahaman dan secara tidak langsung menyatukan semua ahli keluarga. Apabila beliau diberi kepercayaan untuk menguruskan perniagaan ini, beliau telah berazam untuk bekerja dengan amanah dan jujur kerana tujuan utamanya adalah mengukuhkan kedudukan syarikat dan seterusnya boleh diwarisi ke anak cucu. Beliau berkata,"Orang tua kita sudah bersusah payah membina empayar perniagaan ini dengan penat lelah dan keringatnya, jadi mengapa kita hendak hancurkan begitu sahaja?  Ayah saya tekun bekerja dan beliau melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, apa yang penting apabila kita terlibat dalam perniagaan, sekurang-kurangnya kita ada pelapis yang akan datang mengusahakannya dengan lebih baik. "








4. Datuk Ramly Mokni
Datuk Ramly Mokni
                                                                                                          (Sumber: business.malaysia.my)



Datuk Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi bermula dari bawah dan terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya yang tinggi, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.


Produk Ramly

Pada awal 1970an, beliau bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota. Daripada pemerhatiannya, beliau melihat di mana kebanyakan makanan sejuk beku  tidak pasti status halal haramnya,dan hal ini  beliau telah mencetuskan idea untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di Malaysia. Sifat beliau ini jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang bijak dalam merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.



Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga  amat penting terutama isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini jelas menggambarkan corak pengurusan beliau sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik











6 comments:

  1. Hello Dear, Permohonan Pinjaman
    Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
    kami menawarkan dari $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut
    {Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGERI: ===========
    ALAMAT: ===========
    GENRE: ===========
    Jumlah yang diperlukan: ===========
    TEMPOH: ===========
    BILANGAN TELEFON: =========== =============
    Nama Puan Anita
    Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@mail.com Salam

    Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    ReplyDelete
  3. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Halo pemirsa di seluruh dunia, Ada kabar baik untuk Anda semua hari ini dapatkan kartu ATM Kosong Anda yang berfungsi di semua mesin ATM di seluruh dunia. Kami memiliki program khusus kartu ATM yang dapat digunakan untuk meretas mesin ATM, kartu ATM dapat digunakan untuk menarik di ATM atau geser, di toko dan POS. Kami memberikan kartu ini kepada semua klien yang tertarik di seluruh dunia, Kami memberikan Kartu ATM Kosong. Apakah Anda ingin menjalani kehidupan yang baik yang dianggap ilegal, cara termudah untuk menjadi jutawan. itu juga memiliki teknik yang membuat CCTV tidak mungkin mendeteksi Anda dan Anda hanya dapat menarik sejumlah $ 5.000 Dolar dalam sehari di Mesin ATM juga tersedia saat pengiriman tunai. Kami memberikan hingga $ 10.000,00 hingga $ 1.000.000,00 Dolar Dengan layanan peretasan jaringan kami. Kami dapat Memulihkan semua uang Anda yang hilang ke Bitcoin dan mata uang Crypto lainnya, penipuan hipotek / realestate, dan ICO palsu dalam waktu 48 jam atau kurang. (Thomas Freddie Hackers) bekerja sama sebagai tim untuk melacak & memulihkan dana kembali dari PENCIPTA internet yang paling sulit. CATATAN!! Kami telah menerima laporan memilukan yang tak terhitung jumlahnya dari penipu terkenal dan kami berhasil memulihkannya kembali melalui kontak thomasunlimitedhackers@gmail.com

    Hubungi kami di ((Pemulihan Biner. Kelas Universitas. Menyeka Catatan Kriminal, Peretasan FB & IG, Telegram, Muatan & Peretasan Telepon)) membatasi kami dengan pekerjaan Anda & izinkan kami memberi Anda hasil positif dengan keterampilan peretasan kami. Kami bersertifikat dan privasi Anda 100% aman bersama kami. Jangan khawatir lagi tentang masalah keuangan Anda, Jika Anda membutuhkan layanan peretasan cyber lainnya, kami siap membantu Anda kapan saja, kapan saja, jadi hubungi kami melalui Alamat Email kami: thomasunlimitedhackers@gmail.com

    Salam
    THOMAS FREDDIE HACKER TANPA BATAS
    Kirim email ke thomasunlimitedhackers@gmail.com
    Telepon / SMS: +1 (985)465-8370
    Motto: Kami menawarkan layanan tercepat dan terpercaya

    ReplyDelete
  5. PELUANG PINJAMAN !!!

    Anda tidak pernah terlalu muda untuk memulakan sebuah kerajaan dan tidak pernah terlalu tua untuk memulakan impian baru. Mimpi tidak menjadi kenyataan melalui sihir; ia memerlukan peluh, tekad dan kerja keras. Dapatkan pinjaman dari kami hari ini untuk membantu membawa anda ke alam kebebasan kewangan anda yang baru. Perkhidmatan kami merangkumi:

    Pinjaman Peribadi
    Pinjaman Perniagaan
    Pinjaman Harta Tanah
    Rehab
    Penyatuan Hutang
    Pinjaman Gadai janji
    Pinjaman Pembinaan
    Pinjaman Jambatan dan Banyak Lagi ...

    Kami menawarkan pada kadar faedah yang berpatutan dengan jadual pembayaran yang tersusun sehingga 360 bulan, tanpa caj tersembunyi, tanpa denda pembayaran pendahuluan, tanpa cek kredit, proses cepat dan kelulusan segera. Untuk Maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan, Pm saya atau E-mel @: altafinance2@gmail.com atau Whatsapp: +1 213 433 3059 +62 838-9943-4932
    Kejayaan bukanlah kebetulan, jika anda tidak mengambil risiko, anda akan selalu bekerja untuk seseorang yang melakukannya.

    ReplyDelete